Make your own free website on Tripod.com

Sekapur Sirih Seulas Pinang - Noraslina Shaharom

Laman Utama | Diri Saya | Favorite Links | Pengalaman | Keluarga | Hobi | Lain-lain

Keluarga Saya

Saya merupakan anak sulung daripada enam orang adik beradik yang terdiri dari 2 orang perempuan dan 4 orang lelaki. Saya telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2003 dengan Khairon Shah dan mempunyai dua orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan (Adam dan Sofea).
 
Kenangan semasa menagndung , melahir, menjaga anak-anak amat manis bagi saya kerana ianya satu yang unik ciptaan Ilahi. Dari sini mengingatkan kembali kepada jasa ibu bapa yang melahirkan saya walaupun mereka sudah tidak bersama lagi kini.
 
 
 
Sudut gambar keluarga saya...suami dan anak-anak

abahsofea1.jpg

Suamiku
Khairon Shah Johari

Suamiku bekerja di salah sebuah syarikat swasta antara yang terkenal di Malaysia. Sekarang berumur 31 tahun. Berasal dari Johor.

Beliau baru ditukarkan ke Lahad Datu, Sabah pada Januari 2005. Hobinya suka mendengar radio dan membaca.

mamasofea.jpg

Saya
Noraslina Shaharom

Saya sekarang bekerja sepenuh masa sebagai surirumah. Sebelum berpindah saya bekerja di Pasir Gudang namun disebabkan mengikut suami pindah ke Sabah sayapun berhenti kerja.

Sekarang saya tumpukan untuk menghabiskan pengajian luar kampus saya di Pusat Pendidikan Luar UPM Tawau.

adamairport.jpg

Muhammad Adam Shah

Muhammad Adam Shah berumur 2 tahun. Lahir pada 22 September 2003 di Hospital Penawar, Pasir Gudang, Johor.
 
Dia seorang yang aktif dan perkara yang diminatinya sekarang ini ialah pen dan kertas. Dia akan menconteng setiap kertas yang dijumpainya sekiranya pen telah berada di tangannya. Kadangkala kakinya juga menjadi mangsa contengannya.

sofea5blna.jpg

Nur Adrieana Sofea

Nur Adrieana Sofea lahir pada tarikh dan masa yang istimewa. Dia lahir pada 05-05-05 jam 5 petang di Hospital Lahad Datu, Sabah. Dia pun ikut abahnya berpindah ke Sabah. panggilan mesranya Sofea.
 
Sehingga ke tarikh ini, Sofea mula belajar meniarap. Dia akan menjerit bila cubaannya untuk meniarap gagal. Suka senyum dan ketawa.

Seharum Mawar Seceria Suria Pagi