Di ruangan ini saya akan menceritakan pengalaman pahit manis dan pahit yang pernah saya lalui
sepanjang hidup ini.
PENGALAMAN MANIS
Pengalaman manis yang tidak dapat saya lupakan apabila kami sekeluarga termasuk mak dan abah
dan adik-adik saya berada bersama-sama dalam rumah. Ketika itu kami makan, berehat, berkumpul dan bergurau senda bersama terutama ketika
menjelang hari raya yang mulia. Kami semua akan berkumpul di pagi hari memohon maaf dengan mak dan abah dan adik beradik.
Kemudian kami akan mengambil gambar bersama-sama.
Namun kini semuanya tinggal kenangan dan menjadi lipatan sejarah dalam hidup saya kerana
ibu dan bapa saya telah berpisah. Biarlah ianya berlalu tetapi kenangan itu akan kekal di ingatan dan sanubari saya. Sekiranya
saya dapat memutar kembali masa dan hari alangkah gembira dan bahagianya saya. Tuhan lebih mengetahuinya.
Amin.
PENGALAMAN PAHIT
Pengalaman pahit yang saya alami adalah ketika saya berada di kota metropolitan Kuala Lumpur.
Di sana ia banyak menguji kesabaran dan keimanan saya. Pelbagai pengalaman pahit yang sukar saya lupakan antaranya ditipu
oleh majikan saya. Majikan saya tidak membayar gaji saya sedangkan saya amat mengharapkan wang tersebut kerana ianya merupakan
wang poket saya bagi memulakan kehidupan di KL. Saya disuruh bekerja dari pagi hingga ke malam hari tanpa dibayar overtime
dan lain-lain kemudahan. Saya terpaksa tidur di tangga rumah kedai hingga ke pagi hari walaupun saya tahu kawasan tersebut
sering menjadi kawasan tumpuan rusuhan kaum.
Ketika saya bekerja sebagai Penolong Pengurus Restoren makanan segera di Jalan Chow Kit juga
mengundang pelbagai kenangan antaranya ditumbuk oleh orang gila sewaktu balik dari kerja, terserempak kelakuan pondan
pada waktu malam, melihat anak-anak terbiar dan juga terserempak dengan geng mat rempit. Walaupun umur masih muda awal 20an
saya terpaksa bekerja untuk mencari wang bagi menampung keluarga yang mana adik-adik saya masih bersekolah. Semua ini telah
berlalu 10 tahun yang lalu semasa saya di zaman awal dewasa. Alhamdulilah saya telah harungi semuanya dan kini saya bersyukur
ke hadrat Ilahi kerana saya telah mempunyai suami dan keluarga saya sendiri dan kami hidup bahagia.
Alhamdulilah